08/04/2013 : Untuk Fast Order (24jam) anda boleh Whatsapp/Call Kim : 019-6221988.Terima kasih.

Home » » Saiz Ray ban

Saiz Ray ban



PANDUAN BAGAIMANA MENENTUKAN  SAIZ  RAY BAN



date : 07 August 2010
author : Abang Chik Ray ban
source : www.kacamatahitam.com


Ok hari ni Abang Chik nak terangkan bagaiman kita mengetahui ukuran saiz Ray ban yang kita pakai. Seringkali Abang Chik dapat call mesej mahupun E-mail bertanyakan bagaimana nak tau saiz Ray ban yang kita pakai. Ok untuk Oakley dan Ray ban agak berbeza ukuranya. Tapi untuk hari ni Abang Chik nak terangkan pasal Ray ban dulu. Next time Abang Chik akan terangkan pasal ukuran saiz Oakley pulak ye...=)

Pertama sekali Abang Chik akan kelaskan kepada 2 jenis Ray ban bagi memudahkan kefahaman anda. Abang Chik ambik contoh Ray ban yang paling popular di kalangan kaki Ray ban Malaysia iaitu Ray ban Aviator dan Ray ban Wayfarer. Semua orang tahu 2 jenis Ray ban ni merupakan Ray ban paling popular disebabkan sejarahnya (orang kata rare).

Ok untuk jenis Ray ban Aviator, Abang Chik masukan sekali jenis-jenis aviator:-
  • Aviator 3025
  • Aviator 3026
  • Outdoorsman
  • Shooter

Dan Ray ban Wayfarer Abang Chik kelaskan kepada:-
  • Wayfarer 2140
  • Wayfarer Folding 4105 

Model-model diatas merupakan model yang paling hot di kalangan kaki Ray ban. Untuk model-model lain seperti RB8120, RB4120, RB3424 dan model-model baru Ray ban semuanya adalah standard saiz sahaja. Maksudnya hanya satu saiz saja, anda tak boleh memilih nak yang kecik ataupun besar.

 

Aviator

Ok, berbalik kepada niat asal Bagaimana untuk menentukan saiz Ray ban, Abang Chik terangkan pasal model Aviator  dahulu. Secara mendalamnya, untuk Aviator BL (USA Ray ban punya) dan Aviator RB (Italy punya) saiz dia tidak sama. Ray ban BL besar sedikit jika nak dibandingkan dengan Ray ban RB. Aviator mempunya 3 saiz iaitu 55mm , 58mm dan 62mm. Jika anda perhatikan di Kedai Ray ban, kebanyakan hanya menjual saiz 58mm sahaja. Amat jarang sekali kita melihat Ray ban saiz 55mm Kedai Spek.

Untuk Ray ban Aviator saiz 58mm juga dipanggil Aviator Rb3025 dan 62mm dipanggil juga RB3026 atau juga model dipanggil Aviator Large Metal. Pengalaman Abang Chik, bagi orang bersaiz normal, saiz Ray ban Aviator 58mm dan 62mm memang tak ada masalah untuk memakai. Pasti akan muat. Tetapi bagi orang yang mempunyai muka yang agak lebar, maka Abang Chik selalu suggestkan Aviator bersaiz 62mm.

Wayfarer

Untuk model Wayfarer Abang Chik akan fokuskan kepada Wayfarer RB2140 dan Wayfarer Folding sahaja. Untuk mdoel Wayfarer BL Abang Chik xmahu sentuh lagi. Model Wayfarer paluing famous di Malaysia semestinya RB2140. Memang xdapat dinafikan, model Wayfarer juga dikenali sebgai "timeless blend by modernity". Memang tak akan ditelan zaman model ni.

Ok Wayfarer ada dua saiz iaitu 50mm dan 55mm. Bezanya 5mm ukuran saiznya. tetapi seperti Aviator, Abang Chik tengok orang normal (maksud Abang Chik muka xbesar xkecik) memang muat pakai untuk kedua2 saiz ni, tetapi bagi orang yang bermuka lebar, anda perlulah memakai saiz 62mm. Sama seperti model Aviator.

Lihat contoh bagiamana ukuran Ray ban dibawah diukur dan definasinya.




ray ban
ray banContoh ukuran saiz bagi kaca mata.




Eye size
Ukuran melintang lebar pada mana salah satu bahagian cermin. Kebiasaanya ukuran dalam unit millimeters (mm).

Bridge size
Ukuran lebar di antara bahagian cermin. Setiap model kaca mata mempunyai saiz bridge yang berbeza mengikut pengeluar. Ukuran dalam millimeters (mm).



Ukuran (B) melintang
Ukuran menegak pada cermin kaca mata. Diukur dalam millimeters (mm).








ukuran ray ban

Wayfarer measure 2140

Contoh saiz Ray ban bagi Wayfarer;-
 
50 [] 22 (M)
54[] 18 (L)



Maksudnya, 50mm adalah panjang ukuran melintang dari kiri lens kesebelah kanan lens. Ukuranya dikira dalam unit mm. Manakala ukuran 22mm adalah panjang bridge. (refer gambar wayfarer diatas untuk kefahaman anda). Untuk saiz 50mm ini kita definasikan kepada saiz M manakala saiz 45mm kita kelaskan kepada saiz L.

Hal yang sama untuk ukuran bagi model Aviator, jika 58mm, kita kelaskan kepada saiz M manakala 62 mm kita kelaskan kepada saiz L. Untuk 55mm selalunya saiz ini adalah saiz S (tetapi amat jarang orang pakai saiz S ini).

Abang Chik harap anda boleh paham dengan penerangan Bagaimana menetukan saiz Ray ban ini. Abang Chik tuliskan ini. Kalau xpaham boleh E-mailkan Abang Chik, insyallah Abang Chik akan balas pertanyaan anda. Next, artikel Abang Chik akan terangkan panduan saiz Oakley pula.


p/s: Abang Chik tengok mat-mat rempit suka pakai Ray ban yang bersaiz besar.





Share this post!

Bookmark and Share